Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Misi Bantuan Gaza-Bawa pulang 100 budak cedera

bantuan ke GAZA

SEPANG: Selain menyampaikan bantuan makanan dan perubatan, Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza turut menyasarkan membawa pulang 100 kanak-kanak Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan di negara ini.

Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim berkata, semua kanak-kanak itu akan ditempatkan di hospital kerajaan dan swasta termasuk Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan terbaik.
Menurutnya, pihaknya bekerjasama dengan Duta Palestin di Malaysia Dr Anwar H Al Agha yang turut serta dalam misi itu. “Sepanjang misi ini kami mengenal pasti 100 kanak-kanak Palestin yang cedera dan disahkan doktor pakar untuk dibawa pulang ke negara ini,” katanya ditemui pada majlis pelepasan kumpulan terakhir Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Komen


Berita Berkaitan