Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Minyak Masak Cukup Untuk Aidil Fitri – Hasan

minyakmasak

PETALING JAYA: Bekalan minyak masak semasa musim perayaan Aidil Fitri nanti dijamin mencukupi, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata jaminan tersebut diperoleh daripada pengeluar, pengilang, pemborong dan persatuan terbabit semasa mesyuarat yang diadakan bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi petang tadi.

“Petang tadi kami mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dan melalui mesyuarat itu kita telah mendapat jaminan bukan sahaja daripada pengilang tetapi juga pemborong dan persatuan yang memberitahu bekalan minyak masak mencukupi untuk hari perayaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di Wisma Ungku A.Aziz di sini, hari ini yang turut dihadiri Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Hasan berkata kementerian akan membuat pemantauan bagi memastikan tiada sebarang penyelewengan dibuat mana-mana pihak tidak bertanggungjawab.

“Jika terdapat aduan berkenaan kekurangan bekalan minyak di pasaran, pegawai KPDNKK akan diarahkan untuk memantau perkara itu, dan tindakan tegas termasuk membatalkan lesen perniagaan akan diambil jika terdapat pihak melakukan penyelewengan.

 

Saya tidak mahu mereka menimbulkan masalah sehingga menjadikan rakyat membuat pembelian panik,” katanya.

Pada majlis sama, Hasan turut menyampaikan sumbangan daripada Angkasa sebanyak RM10,000 kepada 81 ibu tunggal dan anak yatim dari rumah Anak Yatim Darul Sakinah.

Komen


Berita Berkaitan