Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Minta perjelas perkongsian kuasa

Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah  (PBS), Datuk Jake Nointin. - foto Kalawon Sawing
Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jake Nointin. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jake Nointin mahu garis panduan
perkongsian kuasa yang telah digubal oleh jawatankuasa yang diketuai oleh Speaker Dewan Undangan
Negeri, Datuk Seri Salleh Said, diperjelaskan.

Menurutnya, ini kerana garis panduan itu telah diserahkan oleh jawatankuasa tersebut kepada
kepimpinan Barisan Nasional (BN) sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, garis panduan untuk perkongsian kuasa telah digubal oleh jawatankuasa yang diketuai oleh
Speaker Datuk Seri Salleh Said, beberapa tahun yang lalu tetapi ia masih belum dilaksanakan.

Justeru, beliau mencadangkan bahawa untuk membetulkan salah tanggapan umum bahawa pihak tertentu
telah memonopoli jawatan, perlantikan hendaklah dibuat secara umum.

Beliau menambah, PBS mahu mencipta semula amalan perkongsian kuasa berlaku dalam BN, dan
menambah pihaknya mahu BN Sabah untuk menjadi kuat untuk membolehkannya untuk terus mentadbir
negeri ini.

“Oleh itu, pengurusan yang cekap dan telus dalam membuat keputusan adalah amat penting. Susunan
perkongsian kuasa mestilah asli, dan dilihat dan dirasai oleh rakyat sebagai demikian,” ujarnya. – oleh
Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan