Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Minta maaf’

lisa

KUALA LUMPUR: “Sebenarnya kalau tengok betul-betul tak ada sampai saya terus berkemban pun tapi jika ada pihak yang kurang senang, saya minta maaf.”

Itu reaksi pelakon terkenal, Lisa Surihani Mohamed, 28, apabila fesyen yang diperagakan ketika menghadiri KL Fashion Week (KLFW) baru-baru ini, menimbulkan kontroversi di kalangan segelintir peminat kerana dianggap berkemban dan mencolok mata.

Lisa yang dihubungi semalam berkata, dia tidak berniat mencetuskan perasaan kurang senang kepada mana-mana pihak dengan pakaian itu, namun mengakui selesa memperagakan fesyen rekaan Alia Bastamam itu.

“Apa yang saya boleh katakan adalah minta maaf kalau ada yang kurang senang atau tersinggung dengan imej itu, tapi saya selesa bekerjasama dengan Alia untuk pakaiannya.


“Saya cukup terbuka dan okey jika ada yang sokong atau menentang penampilan saya. Itu adalah biasa kalau apa yang kita pakai ada yang suka dan ada yang menentang,” katanya. 

Komen


Berita Berkaitan