Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mini Konvokesyen tabika kemas Kampung Kalabakan meriah

4:27pm 19/11/2016 Leolerry Lajius 14 views Pendidikan,Tempatan
Sebahagian kanak-kanak tadika kemas yang menghadiri Mini Konvokesyen Tabika Kemas Kg. Kalabakan, Tawau.

Sebahagian kanak-kanak tadika kemas yang menghadiri Mini Konvokesyen Tabika Kemas Kg. Kalabakan, Tawau.

Tawau : Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan tugas dan tanggungjawab mendidik anak di bahu guru sahaja sebaliknya, mereka perlu terlibat sama.

 

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hajah Hamisa Samat berkata  kanak-kanak menerima pendidikan dengan pelbagai kaedah moden, namun didikan daripada ibu bapa dianggap terbaik bagi melahirkan generasi muda yang berguna.

 

Beliau berkata sikap segelintir ibu bapa yang tidak  mengambil serius terhadap pendidikan anak-anak amat dikesali dan sikap acuh tak acuh terhadap penting pendidikan perlu dikikis.

 

“Hanya melalui pendidikan sahaja anak-anak itu dapat merubah masa depan mereka dan keluarga mereka. Kita tidak boleh membiarkan tanggungjawab memberi pendidikan digalas sepenuh oleh guru-guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting,

 

“Mereka (pelajar) hanya berada di dalam sekolah selama 8 jam sahaja, selebihnya akan diambil alih oleh ibu bapa pelajar berkenaan. Sikap tidak serius membuat anak-anak ini akan tercicir dan tidak berilmu dan mudah terjerumus dalam gejala sosial seperti penagihan dadah, mencuri, ponteng sekolah dan sebagainya,” tegas Hamisa.

 

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mini Konvokesyen Tabika Kemas Kg. Kalabakan, Tawau baru-baru ini.

 

Menurut Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembangunan sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat berkata ibu bapa perlu ada wawasan untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran hingga ke menara gading.

 

Tambah beliau ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan mengambil kira perkembangan dunia semasa kerana pemikiran golongan muda kini telah jauh berubah.

 

Tegas Hamisa kegagalan ibu bapa perlu menyesuaikan diri dalam usaha mendidik anak-anak menyebabkan mereka sukar menerima teguran dan nasihat yang diberikan.

 

”Ibu bapa perlu memperbanyakkan komunikasi dengan anak-anak selain sentiasa membuka pemikiran agar setiap tindakan dapat diikuti oleh mereka,” katanya.

 

“Dalam usaha memastikan hasrat melahirkan anak-anak cemerlang dapat dicapai, ibu bapa juga harus memberi tumpuan pada empat komponen penting iaitu institusi kekeluargaan, pelajar itu sendiri, sekolah dan persekitaran,” ujar beliau.

 

Beliau turut meminta para ibu bapa mewajibkan menghantar anak-anak untuk belajar dan faktor kemiskinan bukan penghalang untuk tidak menghantar anak untuk ke sekolah.

 

Seramai 72 kanak-kanak menerima sijil  konvokesyen dengan gabungan tiga buah kelas Tadika Kemas. Turut hadir sama Pengerusi Tadika Kemas Kg. Kalabakan, Rusdinsa Zabidi, wakil Jabatan Kemas, Fauziah Wahya serta ibu bapa dan, guru-guru dan kanak-kanak tadika.

 

Terima kasih...salah seorang kanak-kanak Tadika Kemas Kg. Kalabakan, Tawau menerima sijil daripada Hamisa.

Terima kasih…salah seorang kanak-kanak Tadika Kemas Kg. Kalabakan, Tawau menerima sijil daripada Hamisa.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan