Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mini Estet Sejahtera platform bantu penduduk kurang berkemampuan- Musa

3:26pm 08/03/2016 Leolerry Lajius 124 views Berita Pilihan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Musa (tengah) ketika menyampaikan kunci kepada penduduk yang akan ditempatkan di MESEJ Bating. -Gambar Oleh Alex Mairin

Musa (tengah) ketika menyampaikan kunci kepada penduduk yang akan ditempatkan di MESEJ Bating. -Gambar Oleh Alex Mairin

SIPITANG: Seramai 33 orang peserta miskin tegar yang berdaftar di bawah e-Kasih akan ditempatkan dan akan bekerja di Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Banting yang telah ditanami dengan kelapa sawit dengan keluasan lebih kurang 98 hektar.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, MESEJ Banting merupakan satu projek pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri untuk membantu penduduk yang kurang berkemampuan.

“Projek ini merupakan satu langkah pembasmian kemiskinan untuk membolehkan golongan sasar bukan sahaja menikmati kemudahan kediaman tetapi juga aktiviti ekonomi untuk meningkatkan pendapatan yang mapan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian MESEJ Banting dan Penyerahan Geran Komunal Kampung Iburu di Kampung Banting, di sini, hari ini.

Tambah beliau, projek seumpama ini bukan sahaja akan dilaksanakan di satu-satu kawasan sahaja tetapi akan dilaksanakan di seluruh negeri ini secara berperingkat-peringkat bagi memastikan golongan miskin tegar hidup dengan selesa dan produktif ke arah mencapai status hidup yang lebih baik.

Mengulas mengenai pemberian geran komunal, beliau berkata bahawa pemberian geran komunal kepada penduduk kampung seluas 2800 ekar itu akan dapat memberikan manfaat kepada Anak Negeri Sabah serta dapat mempertahankan tanah di kawasan mereka seterusnya dapat menangani masalah pertindihan permohonan tanah bagi membangunkan dan memajukannya secara bersepadu.

“Konsep pembangunan ini juga dapat mengurangkan dan menyelesaikan isu berkaitan tanah untuk rakyat seterusnya membolehkan para penduduk meningkatkan taraf sosioekonomi menerusi pengusahaan tanah tersebut.

“Pemberian geran komunal ini juga membolehkan penduduk mempunyai tanah yang boleh diusahakan dan dibangunkan serta diwarisi oleh anak-anak mereka ,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Musa (tengah) menyampaikan geran komunal kepada wakil penduduk kampung. -Gambar Oleh Alex Mairin

Musa (tengah) menyampaikan geran komunal kepada wakil penduduk kampung. -Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan