Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mimpi Ngeri Bagi 2 Beranak Apabila Tangan Tersepit Di Escalator

tersepit

China – Ia merupakan mimpi ngeri bagi dua beranak ini apabila tangan mereka tersepit di escalator yang sedang bergerak selepas seorang lelaki secara cuai telah menjatuhkan beg ke atas mereka di sebuah pusat beli belah..

Kejadian berlaku ketika Liu Chao, 27, bersama anak perempuannya yang berusia dua tahun menaiki escalator, apabila tiba-tiba sebuah beg menimpa mereka.

Anaknya kemudian jatuh bergolek dan tangannya telah tersepit. Liu cuba membantu menyebabkan tangannya juga tersepit pada eskalator tersebut.

Tangga itu bergerak selama beberapa saat sebelum seseorang menekan butang kecemasan sementara Liu menjerit-jerit meminta tolong.

Bomba terpaksa mengambil masa selama 45 minit untuk mengeluarkan tangan kedua beranak itu.

Sementara lelaki yang menjatuhkan beg berkenaan pula melarikan diri dengan menaiki bas di luar pusat beli belah berkenaan.

Meskipun pekerja di situ cuba mengejarnya namun mereka gagal.

Komen


Berita Berkaitan