Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MIMA,UMS & MKN adakan perbincangan bersama tangani masalah Laut Sulu

3:48pm 18/11/2015 Dewiana Tinggolongon 57 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Setiausaha Keselamatan Negeri, Rodzi Md Saad.- foto Alex Mairin / sayangsabah.

Setiausaha Keselamatan Negeri, Rodzi Md Saad.- foto Alex Mairin / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Satu persidangan diadakan bagi mencari penyelesaian dan membincangkan isu berkenaan masalah-masalah yang timbul di Laut Sulu Sulawesi (SSS).

Anjuran yang pertama kali diadakan itu dianjurkan bersama diantara Institut Maritim Malaysia (MIMA), Universiti Malaysaia Sabah (UMS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Setiausaha Keselamatan Negeri, Rodzi Md Saad berkata objektif persidangan itu adalah untuk menerokai potensi konsep Program Keselamatan dan Pembangunan (KESABAN).

 “Ia merupakan pendekatan menyeluruh terhadap keselamatan di ESSZONE dengan tujuan untuk menyediakan keselamatan yang mapan melalui aktiviti-aktiviti ekonomi,”katanya dalam satu sidang akhbar sempena Persidangan Laut Sulu Sulawesi kali pertama di Auditorium YTL UMS hari ini (Rabu).

 Menurutnya, KESBAN pernah menjadi satu strategi berkesan ketika Malaysia berhadapan isu ancaman komunis pada awal tahun 1960-an dan juga pertengahan 1970-an.

 KESBAN dibentuk pada 1979 bagi menangani ancaman dan ideologi komunisme oleh Parti Komunis Malaya (PKM).

 Melalui KESBAN Malaysia berjaya menumpaskan gerakan komunis sehingga membawa kepada perletakan senjata PKM pada Disember 1989.

 Rancangan yang sama telah dijalankan semasa ancaman komunis oleh Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP) di Sarawak pada tahun 1962 hingga 1990 di mana akhirnya NKCP meletakkan senjata secara berperingkat dan akhirnya menyerah kalah.

 Katanya, konsep berkenaan mungkin beleh digunakan di kawasan laut dalam mencari penyelesaian dan meningkatkan keselamatan di ESSZONE.

 Dalam pada itu beliau berkata, persidangan itu  juga bertujuan mengenalpasti bidang penting kepada keselamatan holistik di ESSZONE.

“Ia juga akan membincangkan mengenai cara-cara untuk mendekati isu-isu kemasyarakatan secara holistik untuk memanfaatkan diri mereka sebagai modal insan untuk pembangunan lestari,” ujarnya.

Tambahnya, persidangan berkenaan turut berperanan untuk mengenalpasti potensi kerjasama awam-swasta dalam menyediakan pembangunan mapan bagi penduduk pesisir pantai dan sebagai sokongan untuk keperluan pertahanan dan keselamatan negara.

Jelasnya, dalam persidangan tersebut ahli pakar tempatan dalam bidang ekonomi, sosio-politik dan pertahanan-keselamatan akan berbincang bersama.

Satu perbincangan panel akan diadakan pada hari kedua untuk menyelaraskan penemuan daripada setiap sesi pembentangan.

Selepas persidangan itu selesai, satu siri bengkel akan diadakan bagi mewujudkan pelan induk dalam setiap sektor yang dikenalpasti.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan