Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Militan gila kuasa

10:12am 06/02/2016 Pak Roshan 3 views Global
BAHRUN

BAHRUN

Jakarta: Ketua Polis Jakarta, Tito Karnavian memberi amaran, perebutan kuasa antara tiga militan Negara Islam (IS) kelahiran Indonesia di Syria mungkin mencetuskan siri keganasan di Asia Tenggara,

Operasi antipengganas polis Indonesia susulan serangan militan di Jakarta pada bulan lalu berjaya menemui beberapa rangkaian kecil pengganas yang menerima arahan dari ketua mereka di Syria.

Tiga militan Indonesia di Syria, Bahrumsyah, Abu Jandal dan Bahrun Naim semuanya disyaki merancang serangan di Indonesia sepanjang 2015.

Polis pada mulanya mengesyaki Bahrun yang berasal dari Jawa Tengah sebagai dalang serangan di hadapan pasar raya Sarinah berkenaan.

Namun, dua lagi militan itu juga didapati aktif mempengaruhi pengikutnya melancarkan serangan di Indonesia dengan harapan mendapat pengiktirafan pemimpin tertinggi IS.

“Ketiga-tiga mereka kini bersaing untuk mendapatkan pujian pemimpin IS dengan melancarkan serangan di Indonesia.

“Sesiapa yang berjaya akan dilantik sebagai pemimpin IS di Indonesia dan dari situ datangnya wang serta kuasa,” kata Tito.

Persaingan antara militan di Syria itu menyebabkan polis di Indonesia semakin sibuk apabila aktiviti pengganas meningkat mendadak sejak beberapa bulan lalu.

Siasatan polis terhadap Bahrun beralih kepada Aman Abdurrahman, seorang pemimpin radikal yang dipenjara dan antara individu pertama menyatakan kesetiaan kepada IS.

Sementara itu, Institut Analisis Dasar Konflik (IPAC) dalam laporan Februari menyatakan kemungkinan lebih banyak serangan berlaku di Indonesia oleh militan IS.

“Kejayaan Aman di sini meningkatkan tekanan kepada pesaingnya untuk melancarkan serangan secepat yang mungkin.

“Kemungkinan lebih banyak serangan pengganas di Indonesia kerana militan IS di dalam dan luar negara kini bersaing untuk berkuasa,” kata laporan itu. – AFP/HMetro

ABU JANDAL

ABU JANDAL

BAHRUMSYAH

BAHRUMSYAH

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan