Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Miliki tapak kaki dan hempedu beruang, 2 lelaki dibicarakan

TERTUDUH, Morin Masain keluar dari mahkamah atas tuduhan memiliki lima bahagian tangan beruang madu, di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu. – Foto Mohd Adam Arinin.

 

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 4 dan 5 Julai depan sebagai tarikh perbicaraan dua lelaki tempatan yang didakwa memiliki bahagian badan beruang matahari yang dikategorikan sebagai haiwan dilindungi.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad, membuat ketetapan itu dan memerintahkan seorang daripada tertuduh iaitu Morin Masain, 30, untuk melantik peguam.

Seorang lagi tertuduh, Jupilin Mojungkat, 43, juga tidak diwakili peguam, tidak hadir di mahkamah ketika prosiding pengurusan kes berkenaan pagi tadi.

Pada prosiding itu, Pegawai Pendakwaan, Abdul Karim Dakog, yang mewakili Jabatan Hidupan Liar Sabah, menyerahkan dokumen berkaitan kes itu kepada mahkamah.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Abdul Karim berkata pihaknya akan memanggil enam saksi sepanjang perbicaraan kes itu.

Berdasarkan fakta kes, pada 20 Ogos 2016, tertuduh, Jupilin dan Morin, yang berasal dari Kampung Dowokon, Pitas didapati memiliki empat tapak kaki dan satu pundi hempedu beruang matahari.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di medan selera Asia City, di sini pada jam 11.45 pagi.

Kesalahan mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 itu menetapkan denda hingga RM50,000 atau lima tahun penjara atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan