Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MILF serah senjata

milf
KOMANDO polis memeriksa senjata berat yang diserahkan MILF di kem tentera Cotabato, Mindanao, semalam.

Manila: Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) semalam menyerahkan 16 raifal yang dirampas daripada komando polis yang terbunuh dalam pertempuran bulan lalu.

MILF menyifatkan tindakannya memulangkan senjata berkenaaan sebagai langkah ikhlas dalam usahanya untuk berdamai dengan kerajaan Filipina.

Pertempuran antara anggota MILF dan pasukan khas polis di Mindanao pada 25 Januari lalu mencetuskan keraguan mengenai usaha damai di selatan Filipina dan menyebabkan Presiden Benigno Aquino berdepan dengan krisis politik.

Seramai 44 komando polis terbunuh dalam kejadian itu, pertempuran pertama antara pasukan keselamatan Filipina dan MILF dalam tempoh empat tahun.

Ia mencetuskan kemarahan rakyat FIlipina dan meningkatkan tekanan terhadap Aquino supaya menghentikan perjanjian damai dengan MILF dan melancarkan tindak balas terhadap kematian anggota polis itu.

Ketua perunding MILF, Mohagher Iqbal berkata, pihaknya berjaya mengesan senjata terbabit dan mengembalikannya kepada kerajaan bagi menunjukkan keikhlasan dan komitmen mereka terhadap proses damai.

“Dalam proses damai ini, kami adalah rakan kongsi,” katanya pada sidang akhbar di pangkalan tentera di Mindanao.

Dia juga berharap langkah itu dapat menyakinkan anggota Senat meluluskan undang-undang penubuhan sebuah kerajaan autonomi baru Islam di wilayah itu. – Reuters

 

 

Komen


Berita Berkaitan