Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MILF nafi bertempur dengan polis Filipina

ABDULWAHID
ABDULWAHID

Cotabato City: Komander Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) semalam menafikan pembabitan kumpulan itu dalam pertempuran dengan polis elit Filipina yang mengorbankan 44 anggota keselamatan.

Ketua Komander MILF, Abdulwahid Tundok berkata, dia dan pasukannya tidak berada di kawasan Mamaspano, sebaliknya di bandar Datu Saudi.

“Ketika kami berada di tempat lain, mustahil MILF mampu menyerang dan membunuh polis komando terbabit.

“Tambahan pula MILF tetap komited meneruskan proses damai dengan kerajaan,” katanya.

Minggu lalu polis komando Filipina memasuki Mamaspano tanpa notis awal – seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak – sehingga mencetuskan pertempuran.

Polis mendakwa mereka sedang memburu militan di kawasan dikawal MILF itu.

Seramai 25 pejuang Moro serta orang awam turut maut dalam kejadian itu.

MILF dalam proses akhir menandatangani perjanjian damai dengan Manila bagi mewujudkan wilayah autonomi di selatan Filipina.

Bagaimanapun dipercayai ada beberapa pihak aktif cuba melakukan sabotaj untuk menggagalkan perjanjian berkenaan. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan