Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MILF masih patuh perjanjian damai

10:47am 10/02/2016 Pak Roshan 9 views Global
SENATOR Ferdinand 'Bongbong' Marcos Junior yang bertanding untuk merebut jawatan naib presiden bersalaman dengan penyokongnya di Ilocos Norte, utara Filipina, semalam, hari pertama kempen pilihan raya negara itu yang diadakan pada 9 Mei depan.

SENATOR Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos Junior yang bertanding untuk merebut jawatan naib presiden bersalaman dengan penyokongnya di Ilocos Norte, utara Filipina, semalam, hari pertama kempen pilihan raya negara itu yang diadakan pada 9 Mei depan.

Manila: Seorang pemimpin pemisah di selatan Filipina berkata, kegagalan Kongres meluluskan rang undang-undang autonomi Muslim sebagai sebahagian daripada perjanjian damai baru akan melengahkan program meletakkan senjata ribuan anggotanya.

Ketua perunding Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Mohagher Iqbal bagaimanapun berkata, kumpulan itu akan mematuhi perjanjian damai yang ditandatangani dengan kerajaan pada 2014 walaupun rang undang-undang mengenainya gagal diluluskan.

Namun, katanya kelewatan meluluskan rang undang-undang berkenaan yang bertujuan mewujudkan wilayah autonomi Islam mencetuskan kebimbangan mendalam dalam kalangan anggota MILF.

Lebih membimbangkan, ia mungkin akan dieksploitasi oleh kumpulan radikal yang menentang perjanjian damai itu.

“Proses damai akan diteruskan. Tetapi kelewatan itu akan menghentikan program menyerahkan senjata ribuan anggota kami kepada badan bebas,” kata Mohagher dalam jawapannya menerusi e-mel kepada soalan AP mengenai kesan kegagalan meluluskan rang undang-undang autonomi itu.

Menerusi program berkeaan, MILF menyerahkan 75 senjata Jun lalu.

Sebahagian besar lagi senjata sepatutnya diserahkan tahun ini sekiranya rang undang-undang itu di luluskan.

MILF yang mempunyai 11,000 anggota menggugurkan tuntutan untuk berpisah dan bersetuju mendapatkan autonomi lebih luas di selatan Filipina menerusi perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Filipina dua tahun lalu.

Menerusi perjanjian berkenaan, satu rang undang-undang dikemukakan kepada Kongres bagi mewujudkan wilayah autonomi yang dikenali sebagai Bangsamoro.

Bagaimanapun, anggota Kongres menamatkan persidangan mereka Rabu lalu tanpa meluluskan rang undang-undang itu.

Persidangan ditangguhkan selama tiga bulan bagi menghadapi pilihan raya umum dan presiden baru. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan