Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Migrasi bukan berlaku semalaman

KOTA KINABALU – Kalau hendak dikatakan, kerajaan tidak pernah melihat isu pendatang tanpa izin (PATI) sebagai satu perkara remeh, malah telah melakukan sebaik mungkin untuk menyelesaikan perkara itu sehingga ke tahap memuaskan.

Sebagai contoh, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah yang dianggotai lima panel bebas mengikut Seksyen 2(1)(d) dan Seksyen 3(1) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 disyorkan pada 2012, bagi menyiasat kebanjiran warga asing di Sabah.

Sememangnya, bagi rakyat Sabah hasil laporan Suruhanjaya Siasatan itu amat penting kerana banyak perkara yang merunsingkan dan melegakan selepas pengumuman itu, namun keutamaan mereka ialah perlunya kawalan terutama dari segi penguatkuasaan undang-undang dalam menangani isu PATI.

Sebenarnya, bukan sahaja di Sabah, malah di Semenanjung pun kalau kita bercakap soal PATI ia menjadi satu isu yang besar, persoalannya, bagaimana cara untuk menangani isu itu dengan cara yang lebih berkesan.

Dengan melihat senario itu, isu PATI boleh dilihat daripada pelbagai sudut sama ada keadaan itu terkawal atau tidak, pastinya jika pengamatan itu dari satu aspek sahaja, masalah itu akan kelihatan terkawal, namum dalam aspek berlainan pula ia menyumbang kepada perkara-perkara yang sangat merunsingkan, contohnya peningkatan kadar jenayah, isu sosial dan sebagainya.

Pensyarah Fakulti Pentadbiran Sains dan Kajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sabah, Tony Paridi Bagang. - foto Jimmy Tan
Pensyarah Fakulti Pentadbiran Sains dan Kajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sabah, Tony Paridi Bagang. – foto Jimmy Tan

Pensyarah Fakulti Pentadbiran Sains dan Kajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sabah, Tony Paridi Bagang berkata, dalam hal ini aspek dokumentasi perlu dilihat dari sudut positif tetapi pihak lain melihat ini sebagai satu ancaman kerana mungkin ia disalahguna untuk tujuan tertentu.

“Tapi kita kena tengok dari konteks yang besar sebab, pertama, ini merupakan satu penyelesaian ke arah mendapatkan polisi yang lebih mantap untuk menangani masalah yang ada tetapi, timbul isu apabila orang mengatakan mereka ini mungkin diberikan kad pengenalan palsu.

“Sebenarnya, kalau kita lihat dari segi pentadbiran, kerajaan tidak pernah mengeluarkan polisi atau dasar tentang ini. Mungkin berlaku penyelewengan dan bila kita bercakap mengenai penyelewengan ini berlaku diperingkat performer level bukan kerajaan. Jadi kita lihat dari konteks yang lebih jelas.

“Kedua, apabila kita berbincang tentang isu PATI khususnya di Sabah, kita melihat golongan KDM (Kadazandusun Murut), mereka agak beremosi. Tetapi apakah kefahaman mereka tentang migrasi.

“Kita dapati berlaku vakum di sini iaitu kefahaman tidak jelas kerana mereka hanya melihat pada satu jangka masa tertentu bahawa migrasi ini terjadi semalam atau satu dua tahun sahaja, walhal perkara ini sudah berlaku lama,” katanya kepada SayangSabah.

Tony menjelaskan, adalah tidak adil apabila perkara ini dinilai hanya dari satu perspektif semata-mata dan terus membuat kesimpulan kerana migrasi itu sendiri berlaku disebabkan proses urbanisasi dan kawalan sempadan. – Oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan