Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MH370 Setahun imbas dasar laut

MH3370

CANBERRA:  Kawasan pencarian bagi pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi diperhalusi berdasarkan analisis terbaru.

Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss berkata, analisis yang diperoleh daripada cubaan panggilan telefon satelit daripada pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu memberi petanda bahawa ia mungkin berpatah ke selatan lebih awal daripada dijangkakan sebelum ini.

Katanya, kawasan pencarian secara keseluruhannya masih tidak berubah, tetapi beliau tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana analisis itu dicapai.

Truss dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum itu menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama dalam usaha mencari Boeing 777 itu ketika ia melangkah ke fasa berikutnya yang menelan perbelanjaan lebih banyak.

Perjanjian itu membolehkan kedua-dua negara berkongsi perbelanjaan semasa.

Pesawat berkenaan hilang bersama 239 penumpang dan anak kapal selepas tersasar daripada haluan penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Sementara itu, Liow berkata, usaha mencari serpihan dan kotak hitam di dasar laut penting bagi menyelesaikan misteri berkenaan.

“Penyiasatan tidak dapat diteruskan tanpa hasil pencarian itu. Kita perlu mencari pesawat terbabit dan kotak hitam agar boleh membuat rumusan dalam penyiasatan,” katanya.

Kontraktor Belanda, Fugro Survey Pyt Ltd akan mengendalikan pencarian di dasar laut mulai September ini.

Tiga kapal penunda akan menunda kenderaan bawah laut dilengkapi dengan mesin pengimbas tepi sonar, alat bunyi bergema dan peralatan video bagi mencari pesawat itu.

Usaha mencari itu boleh mengambil masa sehingga setahun untuk mengimbas dasar laut seluas 60,000 kilometer persegi itu yang menelan belanja A$52 juta (RM153 juta).
Sebelum usaha mencari itu bermula, dua kapal peninjau akan memetakan keseluruhan kawasan pencarian.

Timbalan Menteri Pengangkutan China He Jianzhong yang turut hadir pada mesyuarat itu berkata, semua menteri bersetuju usaha mencari tidak akan diganggu atau ditamatkan. —AP

Komen


Berita Berkaitan