Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MH370: Nenek Tipu Cucu, Tak Sanggup Cerita Ibu Dah Tiada

ss

HAMPIR 10 bulan berlalu selepas tragedi kehilangan pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 terjadi pada tanggal 8 Mac 2014.

Seorang nenek dikenali sebagai Moey, 60-an, kini runsing memikirkan nasib cucu-cucunya setelah ibu mereka diisytihar secara rasmi pada Khamis, telah maut dalam insiden tersebut.

Sampai sekarang kedua kanak-kanak tersebut yang berusia lima dan tiga tahun tidak mengetahui apa berlaku pada ibu mereka kerana setiap kali bertanyakan soalan itu kepada Moey, dia berbohong.

“Hampir setahun saya terpaksa menipu cucu-cucu saya bahawa ibu mereka bekerja di tempat jauh bila mereka bertanya mengenai ibu mereka,” ujarnya seperti disiarkan Harian Metro.

NEWS

Cucu-cucunya kini tinggal bersama suami kepada anaknya, Guan Hua Jin yang merupakan salah seorang penumpang pesawat malang itu.

“Menjelang sambutan Tahun Baru Cina ini, saya tidak tahu nak cakap apa lagi kepada mereka,” katanya lagi dengan nada sedih.

Hua Jin yang merupakan seorang jurutera komputer, menaiki pesawat MH370 untuk terbang ke Beijing bagi menghadiri kursus yang diaturkan syarikatnya.

Pesawat tersebut kemudiannya hilang dari radar kawalan trafik udara setelah tidak sampai satu jam memulakan perjalanan.

Semalam, kerajaan mengumumkan bahawa kehilangan pesawat tersebut diputuskan sebagai satu kemalangan dan kesemua penumpang dianggap terkorban.

Namun demikian, usaha pencarian akan tetap diteruskan. -MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan