Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MH370: Keluarga Mangsa Dari China Tuntut Dibawa Ke Reunion

176412299-600x360

SEBAHAGIAN keluarga penumpang warga China MH370 hari ini menuntut agar mereka dapat di bawa ke Pulau Reunion, Perancis, iaitu lokasi serpihan sayap ditemui.

Tuntutan itu dibuat oleh kira-kira  30 anggota keluarga yang bertindak berkumpul di luar bangunan pejabat berhampiran lapangan terbang utama Beijing.

Difahamkan, mereka berkumpul di situ dengan harapan dapat bertemu dengan pegawai dari Malaysia, namun tiada seorangpun yang hadir.

“Permintaan kami adalah untuk pergi ke Pulau Reunion dan melihat dengan mata sendiri,” kata Hu Xiufang, yang mempunyai tiga saudara, termasuk anak lelakinya di dalam pesawat itu.

“Semua ahli keluarga mangsa mahu ke sana.

“Malaysia adalah negara yang bertanggungjawab dan mereka perlu mendapatkan dokumen berkaitan,” katanya.

Pada Khamis lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah membuat pengumuman rasmi mengesahkan bahawa serpihan sayap yang ditemui di pulau terpencil itu adalah milik pesawat MH370. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan