Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MH17 Saksi Lihat Jet Ukraine Berlepas Dengan Peluru Berpandu

mh17

MOSCOW – Penyiasat Russia berkata mereka mempunyai bukti baharu daripada seorang saksi bahawa pesawat tentera Ukraine menembak peluru berpandu pada hari pesawat Malaysia Airlines terhempas yang mengorbankan 298 orang.

Saksi berkenaan yang tidak dinamakan, bertugas di sebuah lapangan terbang di bandar Dnipropetrovsk di mana beliau mendakwa melihat sebuah pesawat pejuang berlepas pada 17 Julai lalu dengan membawa peluru berpandu udara ke udara dan kembali tanpanya.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Siasatan itu, keterangan lelaki berkenaan “adalah bukti penting bahawa tentera Ukraine terbabit menjatuhkan pesawat Boeing-777 itu.”

Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh di timur Ukraine yang dikuasai pemisah pro-Russia yang menentang tentera Kiev sejak April.

Ukraine dan Barat menuduh Russia membekalkan puak pemisah dengan pelancar peluru berpandu darat ke udara tetapi Russia mengemukakan beberapa teori, termasuk yang membabitkan jet pejuang Ukraine berhampiran pesawat Boeing itu.

Kenyataan itu dikeluarkan pada hari sama Kiev dan puak pemisah dijadualkan mengadakan rundingan damai baharu sebelum akhbar tabloid Russia, Komsomolskaya Pravda menerbitkan temubual dengan “saksi rahsia” yang berkata beliau bertugas di lapangan terbang berkenaan pada hari pesawat Boeing 777 itu ditembak jatuh.

Lelaki berkenaan berkata, beliau melihat pesawat Sukhoi-25 yang dilengkapi peluru berpandu udara ke udara berlepas dan kembali tanpa senjata berkenaan.

Komsomolskaya Pravda mendakwa saksi berkenaan datang sendirian ke pejabat tetapi tidak menyatakan identitinya kerana keluarganya masih di Ukraine.

Jawatankuasa Siasatan itu menyatakan lelaki berkenaan yang kini secara rasmi adalah seorang saksi, mungkin dimasukkan dalam program perlindungan saksi.

Pihak berkuasa Belanda diberi tanggungjawab mengetuai siasatan insiden itu. – AFP

Komen


Berita Berkaitan