Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mh17: Petugas sudah periksa 18km persegi kawasan nahas, temui 186 mayat

186 mayat ditemui

KIEV: Petugas daripada Kementerian Kecemasan Ukraine sudah memeriksa 18 daripada 25 kilometer persegi, lokasi di mana pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine, Khamis lalu dan sudah menemui 186 mayat setakat ini, kata jurucakap, Andriy Lysenko, hari ini.

“Pada jam 7 pagi tadi, 186 mayat sudah ditemui. Kawasan yang harus diperiksa adalah seluas 25 kilometer persegi,” katanya kepada media di lokasi nahas.

“Pejuang sudah membenarkan petugas Kementerian Kecemasan untuk masuk ke kawasan nahas, tetapi mereka tidak membenarkan pekerja kami mengambil apa-apa barangan di tempat kejadian. Pemberontak sudah mengambil semua yang sudah ditemui,” katanya. – REUTERS

Komen


Berita Berkaitan