Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MH17: Pemberontak setuju jamin keselamatan di lokasi nahas jika Kiev setuju berdamai

kiev

DONETSK (Ukraine): Seorang pemimpin pemberontak Ukraine berkata bahawa puak pemisah pro-Russia akan menjamin keselamatan pemerhati antarabangsa di lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS), jika Kiev bersetuju untuk berdamai.

“Kami mengisytiharkan akan menjamin keselamatan pakar antarabangsa di tempat kejadian secepat mungkin apabila Kiev bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata,” kata Timbalan Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk, Andrei Purgin dalam kenyataan hari ini.

Beliau menggesa Kiev segera membuat keputusan mengenai perjanjian itu dengan pemberontak.

Purgin membuat kenyataan itu selepas masyarakat antarabangsa memberi tekanan ke atas Russia untuk membenarkan pemberontak pro-Russia itu memberikan akses penuh kepada penyiasat ke lokasi nahas MH17. – AFP

Komen


Berita Berkaitan