Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MH17: Mesyuarat khas diadakan minggu depan

azis

BATU PAHAT – Kerajaan dijangka mengadakan mesyuarat khas bagi menyelaras proses membawa pulang dan pengebumian mayat mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, pada minggu depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, mesyuarat itu akan diadakan sebaik sahaja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pulang dari Amsterdam, Belanda dalam usaha memastikan proses memberi penghormatan negara kepada kesemua rakyat Malaysia yang terkorban berjalan lancar

“Mesyuarat itu akan membabitkan beberapa kementerian antaranya Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pengangkutan sendiri.

“Penghormatan negara diberikan kerana kejadian ini adalah yang pertama berlaku kepada negara kita,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya di Parit Jelutong di sini hari ini

Komen


Berita Berkaitan