Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MH17: 3 pakar Malaysia berlepas ke lokasi nahas – Liow

liow tiong lai

KIEV: Tiga pakar dari kumpulan penyiasat Malaysia berlepas ke Kharkev menggunakan penerbangan dari sini jam 8 malam ini (waktu tempatan) bagi memulakan proses siasatan di lokasi nahas pesawat MH17.

Mereka turut disertai tiga pakar Belanda, seorang pakar Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dengan diiringi pegawai Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penghantaran tiga pakar terbabit susulan jaminan keselamatan diberikan oleh Kerajaan Ukraine dan kumpulan pemberontak.

“Dari Kharkev, mereka akan menaiki kenderaan perisai ke lokasi kejadian yang mengambil masa lima jam perjalanan di Donestk.

“Biarpun tidak ada jaminan keselamatan 100 peratus di lokasi kejadian, namun kita terpaksa mengambil risiko kerana ini misi nasional,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Liow turut meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan ketiga-tiga pakar itu selepas empat hari menunggu kebenaran memasuki lokasi kejadian.

Pada masa sama, Liow berkata Malaysia menuntut semua mayat mangsa yang kini disimpan dalam gerabak kereta api dingin beku di Torez, tidak jauh dari lokasi nahas, segera dibawa ke Kiev untuk prosedur pengecaman dan tuntutan oleh waris.
“Kita menuntut jenazah ini dikendalikan dengan baik dan dihantar pulang dengan segera ke negara asal masing-masing, khususnya ke Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai laporan agensi berita asing yang mendakwa ada mayat sudah diterbangkan ke Amsterdam, beliau menyatakan tidak mempunyai maklumat itu.

Komen


Berita Berkaitan