Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mesyuarat Pertumbuhan ASEAN kawasan Timur bincang langkah proaktif bagi sub-rantau

5:33pm 10/12/2015 Dewiana Tinggolongon 9 views Kota Kinabalu,Tempatan

download

KOTA KINABALU-Keputusan Mesyuarat Menteri untuk Pertumbuhan ASEAN Kawasan  Timur  mencadangkan pelbagai langkah proaktif bagi meningkatkan kemajuan dalam aspek ekonomi dan sosial di rantau ASEAN Timur.

Senator Dato ‘Sri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, peningkatan dalam perhubungan di antara negara terbabit adalah penting untuk pergerakan lancar barangan dari dan interaksi berjalan lancar.

“Kami amat mengalu-alukan keputusan menteri-menteri pengangkutan dalam menandatangani referendum protokol  untuk memindahkan kepada memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkembangan dalam perhubungan udara.

“Protokol ini akan memberi pendekatan yang lebih fleksibel dan memudahkan kemapanan perkhidmatan di laluan sedia ada dan kemasukan laluan baharu,” katanya dalam sidang media berkenaan program itu di sini hari ini (Khamis).

Abdul berkata, mesyuarat itu juga turut mengambil perhatian terhadap kajian yang sedang berlangsung dalam profil dalam BIMP-EAGA.

Katanya kajian itu akan mengenalpasti peluang-peluang pelaburan dan memberi maklumat kepada bakal pelabur di sub rantau ini.

“Kami gembira dengan penerbitan BIMP-EAGA Direktori PKS 2015/2016 yang menggalakkan PKS BIMP-EAGA dan produk mereka.

”Selain itu kami juga mengalu-alukan majlis menandatangani MoU kerjasama antara Bali Palm Oil Corporation Filipina dan FELDA Global Ventures Malaysia pada 11 Mei 2015,” katanya.

Menurutnya, kerjasama dalam latihan, penyelidikan, dan penyediaan bahan tanaman disambut gembira dengan kerjasama pertanian di antara Negara Brunei Darussalam dan Sarawak, Malaysia pada ternakan, padi, perikanan dan industri halal.

Selain itu dalam sektor pelancongan pula, perhatian akan diberikan kepada komuniti yang bersandarkan kepada eko pelancongan bagi mengembangkan sektor berkenaan dan meningkatkan sektor itu di BIMP-EAGA.

Katanya, latihan Ekopelancongan berasaskan komuniti (CBET )dengan bantuan Bank Pembangunan Asia (ADB)yang didedahkan pihak berkuasa tempatan, masyarakat dan sektor swasta untuk amalan terbaik dalam pengurusan projek-projek CBET juga disambut dengan baik.

Dalam pada itu beliau berkata, turut dibincangkan berkenaan penggubalan ‘BIMP-EAGA Wawasan 2025’ untuk membangunkan sub-rantau yang berdaya tahan, inklusif, mampan dan berdaya saing dari segi ekonomi.

Jelasnya,penggubalan itu  menjadi dokumen pengganti kepada Rangka Tindakan Pelaksanaan 2012-2016 yang akan menyokong dan melengkapkan ASEAN 2025.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan