Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mesyuarat MT Malam Ini Tak Bincang Kedudukan Muhyiddin

Kedua-dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kelihatan serius ketika sidang media selepas menghadiri persidangan sayap-sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. - Foto BERNAMA
Kedua-dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kelihatan serius ketika sidang media selepas menghadiri persidangan sayap-sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tertinggi UMMNO pada malam ini hanya akan membincangkan isu berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2015, dan tidak mengenai kedudukan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hanya dua agenda iaitu persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2015 esok dan taklimat berhubung penyelarasan jurucakap negeri yang akan dibincangkan, kedua-duanya merupakan kelaziman perbincangan pada mesyuarat tersebut setiap tahun.

“Mesyuarat malam ini hanya ada dua agenda untuk persidangan esok. Tiada agenda lain,” katanya pada sidang media bersama Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Ditanya mengenai ketidakhadiran Muhyiddin pada taklimat Presiden malam tadi, Ahmad Zahid berkata beliau dimaklumkan bekas timbalan perdana menteri itu hadir ke PWTC namun tidak masuk ke Dewan Merdeka, lokasi taklimat itu diadakan.

“Setakat dimaklumkan Setiausaha Agung (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor), tiada maklum balas mengapa beliau (Muhyiddin) tidak hadir,” katanya.

– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan