Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mesyuarat Bilateral ke 14 antara JDKM dengan DJBC- memperkasa kerjasama

1:36pm 20/04/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 4 views Tempatan
Mesyuarat Bilateral ke 14 antara Jenderal Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) dengan Direktrokrat Jenderal BEA dan Cukai Republik Indonesia (DJBC)

Mesyuarat Bilateral ke 14 antara Jenderal Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) dengan Direktrokrat Jenderal BEA dan Cukai Republik Indonesia (DJBC)

KOTA KINABALU- Pelaksanaan pengunaan satu dokumen antara Kastam Diraja Malaysia (JDKM) dengan BEA dan Cukai Republik Indonesia (DJBC) salah satu agenda yang dibincangkan dalam Mesyuarat Bilateral ke 14 antara Jenderal Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JDKM) dengan Direktrokrat Jenderal BEA dan Cukai Republik Indonesia (DJBC) telah berlansung di Hotel Pan Pasific, Sutera Habour, disini, kelmarin.

“Pada mesyuarat kali ini kita akan berbincang terus mengenai kemungkinan-kemungkinan ada lagi kerjasama terutamanya dari segi kemudahan pemeriksaan Kastam diantara kedua-dua pihak.” kata Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Sri Khazali Haji Ahmad.

Antara fokus lain perbincangan kali ini adalah mempercepatkan proses urusan perdagangan antara dua negara.

“.. untuk kemudahan perdagangan, kita mungkin adakan “join-inspection” diantara kedua-dua pihak yang kemungkinan akan mencepatkan proses urusan perdagangan itu sendiri..” jelasnya dalam sidang media.

Menurut Direktor Jenderal Direktrokrat Jenderal BEA dan Cukai Republik Indonesia, Bapak Heru Pambudi,“Dengan adanya simplifikasi dokumen ini diharapkan aktiviti import dan export dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen.”

Tambahnya lagi, pelaksanaan pengunaan satu dokumen ini dapat menyelaraskan informasi yang didapati oleh pihak JDKM dan DJBC dalam urusan kerjasama antara dua pihak ini keran dokumen yang digunakan adalah dokumen yang sama.

Usul  pelaksanaan pengunaan satu dokumen ini berada di peringkat perbincangan akhir dan dijangkakan akan dilaksanakan pada tahun hadapan.-Oleh Syafathin M.Y/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan