Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mesir perlu buka jalan untuk bantuan ke Gaza

mesirgaza

ALOR SETAR – Atas dasar kemanusiaan, kerajaan Mesir perlu membuka pintu sempadan untuk membolehkan misi bantuan menghantar makanan serta perubatan kepada penduduk Gaza.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, rakyat Palestin hidup dalam keadaan tertekan bukan sahaja diserang tetapi perubatan, bekalan air serta elektrik terputus.

Sambil mengutuk pencerobohan Israel di Gaza yang mengorbankan lebih 100 nyawa setakat ini, beliau berkata, kebiasaannya pelbagai jenis penyakit cepat merebak disebabkan sistem pembetungan rosak serta tidak mendapat bekalan air bersih dengan sempurna.

“Paling mendukacitakan kuasa besar dunia masih tetap menyebelahi Israel walaupun mengetahui jumlah kematian yang tinggi melibatkan rakyat Palestin serta tiada kemalangan jiwa di sebelah Israel.

“Masyarakat antarabangsa perlu memberi tekanan kepada Israel supaya bersikap adil dengan menghentikan serbuan ke atas Gaza dan membenarkan misi kemanusiaan diteruskan bagi menghantar bekalan kepada mangsa,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Wanita Umno Kedah di Dewan Seri Mentaloon, kelmarin.

Sementara itu, Mukhriz turut melahirkan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Wisma Putra atas pendirian tegas mengutuk kepimpinan rejim Israel.

“Solat hajat terutama selepas Jumaat perlu diteruskan di seluruh negara termasuk di Kedah supaya kita dapat berkongsi semangat dengan saudara Islam di sana,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan