Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mesin yang jatuh ialah ‘ballast regulator’ bukan kepala kereta api

Petikan dari video yang tular baru-baru ini

 

KOTA KINABALU, 22 Julai – Sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini yang menunjukkan kononnya kepala kereta api terjatuh  dari kren selepas ia diangkut ke Pelabuhan Sabah di  Sepanggar dekat sini sebenarnya sebuah ‘ballast regulator’ – mesin perata tapak landasan kereta api.

Mesin itu dibekalkan kepada Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) digunakan untuk menyenggara trek kereta api negeri.

Pengurus Besar jabatan itu Melvin V Majanga berkata mesin itu belum  diserahkan kepada JKNS dan masih di bawah tanggungjawab pembekalnya. Nilai kerosakan sedang dikaji oleh pakar.

“JKNS akan hanya menerima mesin itu dalam keadaan sempurna,” katanya  dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Video berkenaan menunjukkan mesin berkenaan sedang diangkut ke sebuah lori, tetapi  terlepas jatuh bila tali kren berkenaan putus.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan