Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mesin judi: 11 orang ditahan polis

IPK1
MESIN JUDI…. M.Chandra (tengah) menunjukkan mesin perjudian yang dirampas dalam serbuan itu. – Foto JIMMY TAN / Sayangsabah

KOTA KINABALU – Sebuah premis yang menjalankan aktiviti perjudian haram di sebalik perniagaan pusat hiburan sekeluarga, terbongkar apabila sepasukan polis menyerbu premis terbabit yang terletak di Kompleks Karamunsing di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, serbuan tersebut adalah tindakan susulan daripada aduan awam yang diterima pihak berkuasa mengenai aktiviti perjudian haram yang dijalankan di premis berkenaan.

“Dalam serbuan jam 8.10 malam pada 27 Februari itu, polis menahan dua pekerja premis dan sembilan orang pelanggan yang berumur antara 25 hingga 50 tahun,” katanya pada sidang media di Ibupejabat Polis Kontinjen Sabah, di Kepayan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil serbuan berkenaan polis merampas sebanyak 14 buah mesin judi berkomputer yang telah diubahsuai serta wang tunai berjumlah RM1,170.

Beliau berkata, semua yang ditahan kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut  mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukan hukuman denda tidak kurang RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun.

Beliau juga menasihati para pengusaha pusat hiburan agar tidak menyalahgunakan lesen perniagaan mereka untuk kegiatan yang melanggar undang-undang.

“Tindakan lebih tegas akan dikenakan termasuk mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk membatalkan lesen perniagaan ke atas pengusaha yang menjalankan aktiviti perjudian haram,” tegas beliau.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan