Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mesin basuh dengan butang ‘kari’

PENDUDUK di New Delhi melihat mesin basuh keluaran Panasonic yang mampu membersihkan kesan kari pada pakaian. – Agensi

New Delhi: Syarikat Panasonic baru-baru ini mengeluarkan mesin basuh dengan butang ‘kari’ yang direka untuk menghapuskan kesan kotoran berpunca daripada masakan terkenal India itu.

Mesin dengan ciri unik itu dilancarkan di India selepas pengguna sekian lama mengadu gagal membersihkan kesan kari pada pakaian.

Syarikat Jepun terbabit membentuk pasukan khas untuk membantu menyelesaikan masalah berkenaan yang semakin meluas dan akhirnya berjaya mencipta mesin baru dengan ciri istimewa selepas menjalankan kajian selama dua tahun.

Pakar menganalisis suhu air, pengaliran air dan tempoh membasuh yang sesuai untuk menghapuskan kesan kari dan kotoran lain sebelum mencipta formula lengkap, menurut akhbar Japan Times.

Kajian itu turut meneliti ramuan yang menghasilkan kari sepanjang penyelidikan mereka.

Mesin itu dijual pada harga RM1,900, kira-kira 10 peratus lebih mahal daripada mesin basuh biasa.

Kira-kira 5,000 unit sudah dijual di India dan Panasonic merancang mahu menjual kira-kira 30,000 unit setahun. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan