Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mesin ATM diletupkan perompak di Membakut

11:44am 11/05/2016 Pak Roshan 1234 views Jenayah,Mutakhir
Keadaan mesin ATM sebuah bank yang diletupkan perompak di Membakut, Sabah pada awal pagi tadi. - Foto NSTP

Keadaan mesin ATM sebuah bank yang diletupkan perompak di Membakut, Sabah pada awal pagi tadi. – Foto NSTP

MEMBAKUT: Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Membakut di sini, diletupkan perompak, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak, berkata pihaknya menerima panggilan daripada ibu pejabat bank berkenaan kira-kira jam 2 pagi yang memaklumkan kejadian itu.

“Sebaik menerima panggilan, kami menghantar sepasukan anggota ke lokasi dan mendapati sebuah mesin ATM musnah akibat diletupkan.

“Bagaimanapun, jumlah kerugian termasuk wang yang dilarikan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Ini kes pertama mesin ATM diletupkan di daerah ini. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan