Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MESEJ sudah mula beri hasil kepada peserta yang terlibat- Radin

Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah giat melaksanakan 52 projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ)  di seluruh negeri ini termasuklah MESEJ Pertanian Getah dan Sawit, MESEJ Akuakultur, MESEJ Bersepadu serta MESEJ Mikro.

Menterinya, Datuk Radin Maleh berkata,  tujuh daripadanya  adalah projek Pertanian Sawit  sudah mendatangkan hasil termasuklah MESEJ Bunang 1 dan MESEJ Bunang 2 di Keningau, MESEJ Kg Sungai Laba Pulau Sebatik di Tawau, MESEJ Kg Balat di Kinabatangan dan MESEJ Kg Labang Sepulot 1 dan Labang Sepulot 2 di Nabawan serta MESEJ Kg Sapang di Kunak.

“Antara projek MESEJ lain yang turut mendatangkan hasil termasuklah MESEJ Getah Kg Kinolosodon  Papar, MESEJ Mikro Getah Kg Barambangon Kudat, MESEJ Getah Kg Lanung Tongod, Mesej Getah Kg Montenior Beaufort , MESEJ AKuakultur Balat Kg Tampakan Kudat serta MESEJ Akuakultur Balat Kg Bahanan Paitan Beluran.

“Secara keseluruhannya apabila  semua projek MESEJ siap sepenuhnya akan berupaya membabitkan lebih 2,500 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) di seluruh negeri ini.

“Manakala dua projek MESEJ Pertanian Sawit  yang beroperasi sepenuhnya di Kg Sungai Laba , Pulau Sebatik Tawau dan Kg Bunang 1 Keningau membabitkan 33 KIRMT sedang menikmati faedah daripada pengeluaran hasil ladang sawit serta menerima dividen sebanyak RM300 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Limus Jury (BN- Kuala Penyu)  mengenai kejayaan projek MESEJ yang dilaksanakan di Sabah dalam usaha mengeluarkan rakyat daripada dibelenggu kemiskinan ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-5 DUN Sabah yang ke-14, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Radin berkata, projek MESEJ terbabit dijamin mampu mengurangkan kemiskinan secara holistik selain memperoleh pendapatan daripada pemeliharaan ladang serta menikmati pelbagai kemudahan termasuklah perumahan, jalan raya, bekalan elektrik dan air.

“Kementerian kami sentiasa menambahbaik sosio ekonomi , infrastruktur asas fizikal MESEJ dalam memastikan kesinambungan pembangunan seiring dengan program Transformasi Luar Bandar,” katanya./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan