Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mesej Perhimpunan Jelas Mahu Perdamaian Dalam Parti

8:42pm 12/12/2015 Pak Roshan 321 views Mutakhir,Politik
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Foto BERNAMA

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang melabuhkan tirainya pada Sabtu memberi isyarat jelas mahukan pemimpin yang bersengketa supaya berdamai demi kepentingan parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perhimpunan agung yang merupakan kuasa tertinggi dalam perlembagaan parti telah memberi mesej utama tidak mahu pertelingkahan dan persengketaan kalangan pemimpin berterusan dalam parti.

“Mesej dan isyarat ini amat jelas bahawa mereka mahu kita berdamai dan selesaikan (krisis) mengikut mandat syura dalam jemaah UMNO.

“Ini kehendak perhimpunan… bukan saya secara peribadi atau saya sebagai presiden UMNO, perhimpunan yang membuat ketetapan dan mesejnya jelas,” kata Najib dalam sidang media selepas menggulung ucapan dasar presiden, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Terdahulu, ketika menggulung perbahasan ucapan dasar presiden, Najib yang sebelum ini menerima pelbagai kritikan telah membuka pintu silaturahim kepada para “penentangnya” pada akhir perhimpunan itu. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan