Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MESEJ beri manfaat kepada lebih dua ribu ketua isi rumah miskin tegar

4:56am 09/11/2016 Leolerry Lajius 2 views Kudat,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Musa (dua dari kanan) ketika membuat lawatan ke Kampung Landung Ayang.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa (dua dari kanan) ketika membuat lawatan ke Kampung Landung Ayang.-Gambar Oleh Alex Mairin

KUDAT: Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dilihat mampu memberikan faedah kepada lebih 2,500 ketua isi rumah miskin tegar di seluruh negeri ini selepas ia siap sepenuhnya.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata, setakat ini, sebanyak 52 MESEJ Pertanian, MESEJ Akuakultur dan MESEJ Mikro yang telah siap dan sedang dilaksanakan di seluruh negeri.

Musa ketika melaksanakan gimik perasmian MESEJ berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa ketika melaksanakan gimik perasmian MESEJ berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

“Berdasarkan sambutan positif rakyat terhadap program MESEJ ini, kerajaan pada Rancangan Malaysia Ke-11 akan terus memperuntukkan kewangan bagi melaksanakan projek-projek MESEJ bagi memastikan golongan kurang berkemampuan hidup dengan selesa dan produktif serta menikmati kehidupan yang lebih daripada keadaan sebelumnya,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian MESEJ di Pusat Keusahawanan Desa Kampung Perpaduan Ria, di sini, kelmarin.

Musa bersama barisan jemaah menteri Sabah ketika membuat lawatan ke pusat pemprosesan coklat di MESEJ berkenaan.-Gambar oleh Alex Mairin

Musa bersama barisan jemaah menteri Sabah ketika membuat lawatan ke pusat pemprosesan coklat di MESEJ berkenaan.-Gambar oleh Alex Mairin

Di daerah Kudat, tiga buah MESEJ telah dilaksanakan iaitu MESEJ Bersepadu Ternakan Walit Kampung Perpaduan Ria, MESEJ Mikro Kampung Barambangon dengan tanaman getah dan MESEJ Mikro Akuakultur Kampung Tampakan yang menjalankan aktiviti menternak balat.

“Bagi MESEJ Kampung Perpaduan Ria, selain penternakan walit, aktiviti keusahawanan juga dilaksanakan melalui Program Keusahawan Desa (PKD) yang melibatkan empat buah bangunan yang telah siap dan akan menempatkan usahawan dalam bidang pemprosesan hasil laut, pembuatan kek dan coklat serta kraftangan mencanting batik,”katanya.

Musa turut menyatakan Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah merancang untuk meneruskan Program Kampung Sejahtera (PKS) dengan tumpuan khusus kepada kampung-kampung yang mundur dengan pendekatan yang lebih holistik

Sejak tahun 2014, sejumlah 31 buah kampung telah terlibat dalam PKS dan bagi tahun tahun 2017 pula sebanyak 20 buah kampung lagi akan bakal dibangunkan di bawah program ini.

Dalam lawatan kerja beliau ke daerah ini bersama jemaah menteri Sabah, beliau turut membuat lawatan ke Masjid Kampung Air, Kampung Landung Ayang, Projek RAMP dan CIQS Kudat serta ke Projek Bangunan Mahkamah Anak Negeri Kudat.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Musa bersama barisan jemaah menteri Sabah ketika melawat bangunan mahkamah anak negeri Kudat.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa bersama barisan jemaah menteri Sabah ketika melawat bangunan mahkamah anak negeri Kudat.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan