Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,734

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Merungkai khazanah ‘hati’ Sabah – Bhgn 3

10:17am 04/11/2015 Ann Vivien 254 views Berita Pilihan,Pelancongan,Rencana,Tempatan
Poko belian di Imbak

Pokok belian di Imbak

KEINDAHAN  alam di Kanyon Imbak kawasan konservasi di Ulu Kinabatangan tidak boleh dipertikaikan.  Pokok-pokok  tinggi mencakar langit dalam hutan dara itu seperti mengundang inspirasi mereka yang melihat nya terutama sekali pemuitis.

Walanagaimanapun, ia lebih bermakna kepada penduduk sekeliling kerana ia bukan sahaja memberi mereka perasaan damai dan ketenangan tapi ia juga sumber ubat-ubatan kepada pengamal perubatan herba.

Kanyon Imbak sendiri mempunyai kepelbagaian tumbuhan ubatan yang yang digunakan oleh penduduk yang tinggal di kawasan sekitar untuk mengubati penyakit seperti sakit kepala, perut, darah tinggi dan patah tulang, antara lain.

Seorang penduduk, Mohd. Sain Isa, 81 berkata, herba sarang semut yang boleh ditemui di pokok-pokok besar di hutan Kanyon Imbak sangat bernilai terutamanya bagi menyembuhkan penyakit kronik seperti sakit jantung dan jantung berlubang.

Sarang semut atau nama saintifiknya Myrmecodia Pendans ini dikatakan hanya perlu direndam di dalam air sebelum air tersebut di minum.

“Walaupun saya sudah berusia 81 tahun, saya jarang pergi ke hospital atau klinik  untuk mendapatkan rawatan atau ubat. Saya lebih banyak menggunakan herba tumbuhan untuk mengubati penyakit yang saya hidapi.”

“Sebagai contoh, akar pokok nangka yang biasa kita lihat boleh digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis dan sakit buah pinggang,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Bok Tutuk, 75 berkongsi pengetahuan bahawa kulit pokok durian merah dan putih sangat berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit sakit perut dan memb berdarah.

“Rawatan ini boleh dibuat dengan mengikis kulit pokok durian itu ke dalam air sebelum air tersebut di minum. Bagi mereka yang mengalami demam panas terutama di kalangan kanak-kanak, rawatan paling mudah adalah menggunakan batang pisang monyet (liar).”

“Caranya cukup mudah iaitu dengan meletakkan keseluruhan batang pisang yang telah dicincang itu di atas badan ketika demam panas,” tambahnya.

Para pengamal perubatan tradisi di Kg. Imbak

Para pengamal perubatan tradisi di Kg. Imbak

Memang ternyata bahawa sumber hutan banyak manafaatnya kepada manusia. Oleh itu pihak yang prihatin telah bertindak untuk memelihara hutan demi untuk menyimpan khazanah hutan secara mampan.

Pada tahun 2009, Yayasan Sabah dan Petronas telah menandatangani Memorandum Persetujuan untuk  menjadikan Kanyon Imbak sebagai pusat pembelajaran dalam pemuliharaan biodiversiti.

Antara usaha yang digerakkan Petronas menerusi kerjasama dengan Yayasan Sabah adalah dengan menyumbang sebanyak RM83 juta termasuk mewujudkan Pusat Maklumat Ulu Kinabatangan dan Jeti Kampung Imbak bernilai RM6 juta di bawah Fasa 1.

Pengurus Besar Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Julita Ontol berkata, di bawah Fasa ke-2 kerjasama konservasi ini, sebuah Pusat Pembelajaran Kanyon Imbak yang terletak berdekatan dengan Kawasan Konservasi Kanyon Imbak kini sedang dilaksanakan dengan kos sebanyak RM77 juta.

Pusat pembelajaran dengan keluasan 27 hektar ini dijangka siap pada tahun 2016 dan bakal menjadi pusat penyelidikan dan pembelajaran alam sekitar serta kepelbagaian bio di kawasan Kanyon Imbak.

“Antara kemudahan yang akan dibina di pusat itu adalah kompleks pentadbiran, makmal, stesen-stesen penyelidikan, kompleks pembelajaran dan lain-lain kemudahan berkenaan,” katanya.

Dengan usaha-usaha demikian, Kanyon Imbak akan terus ujud untuk menampung keperluan manusia dan kekal menjadi habitat penghuni-penghuninya yang sedia ada. –Alex Mairin/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan