Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mertzyu Auto lancar Pusat 3S “hibrid” Nissan pertama di Kota Kinabalu

5:53pm 15/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 57 views Tempatan
Dari kiri Puan Oi, Oi Thiam Seng, Christopher dan Michael

Dari kiri Puan Oi, Oi Thiam Seng, Christopher dan Michael

KOTA KINABALU- Mertzyu Auto Sdn Bhd , pengedar sah Edaran Tan Chong Motors Sdn Bhd (ETCM) telah melancarkan Pusat 3S ‘hibrid’ Nissan yang pertama di daerah ini, pagi tadi (15 Januari 2016).

Pengarah Urusan Mertzyu Auto Sdn Bhd, Oi Thiam Seng berkata bahawa pembukaan pusat servis 3S itu membuktikan pencapaian syarikat tersebut sejak pembukaan pengedaran Nissan yang pertama pada 11 tahun yang lalu.
“Dengan pelaburan lebih kurang RM 1.5 juta, pusat tersebut merupakan pusat sehenti yang menawarkan kemudahan buat para pelanggan untuk pandu uji rangkaian model Nissan, melakukan servis dan mendapatkan alat ganti”, katanya.
Sehubungan itu, pusat 3S Nissan Mertzyu mengadaptasi standard identiti Global Retail Visual Nissan demi menawarkan perkhidmatan 3S sepenuhnya disamping mengekalkan perhubungan pelanggan yang berkualiti.
Pusat tersebut mempunyai keluasan penuh 40,000 kaki persegi di mana ia mempu mempamerkan sehingga enam buah kereta dalam satu masa dan dikendalikan oleh 11 orang penasihat jualan profesional.
Disamping itu, pusat tersebut mempunyai lima ruang servis yang boleh menyelenggara sehingga 30 buah kenderaan dan turut mempunyai enam orang juruteknik terlatih dan empat orang penasihat servis.
Selain itu, terdapat juga kemudahan tambahan yang ditawarkan oleh pusat tersebut termasuklah tempat cuci kereta, perkhidmatan merias, pembelian dan memperbaharui insurans dan petak penghantaran dengan penghawa dingin dalaman. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan