Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,793

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Merotai Digempur Lagi

9:11pm 19/08/2016 Pak Roshan 3739 views Jenayah,Mutakhir

13902592_660714900754384_148436663764858344_n

Tawau, 19 OGOS 2016 – Sekitar jam 4.00 ptg semalam, sepasukan polis dari IPD Tawau diketuai oleh ASP Ederian bin Maasaat, Ketua Bahagian Siasatan Narkotik, Strike Team, anggota Balai Polis Bombalai dan Pondok Polis Merotai bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Tawau telah membuat Ops Sarang di sekitar kawasan Kampung Merotai untuk menghapuskan sarang penagih dadah.

Dalam operasi tersebut telah menahan seramai 20 orang lelaki yang disyaki penagih dadah. Saringan ujian air kencing mendapati 5 orang suspek positif dadah jenis Methamphetamine. Manakala 3 daripada 20 orang tangkapan tidak mempunyai pengenalan diri yang sah di sisi undang-undang.

Kesemua suspek penagih dadah dan PATI dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan selanjutnya. Jika sabit kesalahan boleh didakwa dibawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala PATI akan di bawah seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

ACP Fadil bin Haji Marsus# fadilfireblade, Ketua Polis Daerah Tawau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua anggota yang terlibat. Diharap gejala dadah di bandar Tawau akan berkurangan dan terhapus sama sekali agar tidak membelenggu masyarakat dengan jenayah-jenayah yang berkaitan dadah.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

13962993_660714997421041_8875404986416062101_o 13988162_660714984087709_5894181416045362122_o 13995485_660714964087711_6530860935508099453_o 14054466_660714950754379_6144131274957460161_o 14068152_660714930754381_8085690464990568568_n

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan