Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,806

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Merompak: Lelaki dipenjara tujuh tahun

7:44pm 24/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 105 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Seorang lelaki dihukum tujuh tahun penjara oleh Mahkamah Sesyen, disini, hari ini atas kesalahan merompak seorang wanita.

Fauzi Sazali, 20 yang dibawa ke hadapan Hakim Indra Hj Ayub telah merompak beg tangan, cincin dan telefon bimbit milik mangsa dan dengan segaja mendatangkan kecederaan terhadap wanita tersebut.

Perbuatan tersebut dilakukan oleh tertuduh di lorong Lengkok, Likas pada jam 5.15 petang, 3 Disember, tahun lalu.

Fauzi dihukum dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Berdasarkan fakta kes, satu laporan polis dibuat oleh mangsa menyatakan bahawa tertuduh membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam sebuah kereta. Pada ketika itu, mangsa meletakkan beg tangannya dalam kereta untuk membeli barang di sebuah kedai runcit. Sedar akan keadaan tersebut, mangsa mengejar tertuduh lalu jatuh dan cedera.

Semasa mitigasi, tertuduh memohon agar hukuman ringan dikenakan keatasnya dan insaf akan kesalahan yang dilakukannya itu. Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan meminta agar hukuman berat diberikan kepada tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Khairuddin Idris. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan