Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mereka Generasi Al Quran Yang Kita Sepatutnya Contohi

5:08pm 27/04/2016 Zakir Sayang Sabah 35 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Usamah bin Zaid : Pemuda harapan Rasullullah SAW. – Dilantik menjadi pangima perang ketika Baginda menghantar satu kumpulan ke Palestin ketika usianya sekitar 20 tahun, walaupun pada ketika itu masih ramai para sahabat yang lebih dewasa dan berpengalaman. Pasti ada hikmah yang tersembunyi yang hanya diketahui Allah dan Rasulnya sehingga Baginda memilih beliau.

Mus’ab bin Umair : Duta Pertama Islam. – Sebelum disirami hidayah Allah SWT Mus’ab adalah satu nama yang dibayangi kemewahan, ketampanan dan menjadi kegilaan para gadis. Setelah memeluk Islam semua itu ditinggalkannya sehingga ketika syahidnya beliau dalam keadaan pakaian yang tidak sempurna. Dilantik menjadi duta Rasul ke Madinah demi menyambung legasi dakwah yang nampak lebih cerah di sana. Dikhabarkan tiada pintu di Madinah yang tidak ‘diketuk’ beliau demi menyampaikan risalah agung ini.

Khalid bin Al Walid : Pedang Allah yang terhunus. Sang genius perang. Sama ada sebelum atau selepas memeluk Islam, beliau tidak  pernah kalah satu peperangan pun. Sebagaimana beliau menjadi hero bagi masyarakat Jahiliah Quraisy, beliau juga menjadi pahlawan agung di masa Islammya. Sehinggakan khalifah pertama orang Islam, Abu Bakr mengatakan, ‘tidak akan  ada wanita yang boleh melahirkan anak seperti Khalid lagi’ setelah mendapat berita siri kemenangan tentera Khalid melawan tentera Rom.

Malah ramai lagi para sahabat R.A. yang mana kisah perjuangan hidup mereka menjangkaui batas norma kehidupan kita pada hari ini. Perjuangan dan pengorbanan mereka seolah-olah nampak mustahil untuk kita contohi. Pada ketika itu satu masyarakat Islam yang terbaik di dunia telah wujud. Era para sahabat adalah zaman di mana para kader Islam terbaik telah lahir dan terkumpul. Tidak ada lagi kelompok manusia terbaik yang pernah lahir setelah itu sehingga hari ini.

Sebaik-baik umatku adalah pada masaku. Kemudian orang-orang yang setelah mereka (generasi berikutnya), lalu orang-orang yang setelah mereka.”(Shahih Al-Bukhari, no. 3650)

Lalu persoalaannya dimanakah beza kita dan mereka? Yang pasti jauhnya beza tahap iman kita dan mereka. Kita masih beriman dengan rukun Iman dan Islam yang sama. Quran yang diterima oleh sahabat masih terpelihara hingga hari ini, tidak berubah walaupun setelah lebih 1400 tahun.

Hadith dan sunnah baginda; melalui kesungguhan para sarjana Islam yang telah meneliti kesahihan dan autoriti dengan terperinci sehingga kita pada hari ini dapat membezakan hadis sahih dan dhaif – masih menjadi panduan kita. Jadi mengapa tidak dapat lahir lagi satu kelompok manusia hebat seperti mana para sahabat?

Bezanya adalah pada panduan dan pegangan hidup mereka. Kita pada hari ini telah bercampur baur dalam mendapatkan sumber panduan kita. Terpengaruh dengan isme-isme baru dan kebudayaan barat yang jahiliah.

Mereka para sahabat HANYA mengambil saripati AlQuran dan sunnah sebagai panduan hidup. Walhal bukan tidak wujud di zaman mereka tamadun dan kebudayaan Rom dan Yunani. Tamadun ni mengelilingi Jazirah Arab pada waktu itu. Ditambah pula dengan kewujudan Yahudi dan Nasrani di tengah-tengah Jazirah Arab. Seharusnya sedikit sebanyak para sahabat terpengaruh dgn tamadun dan kebudayaan mereka.

Para sahabat juga mendekati alQuran bukan untuk mendapatkan ilmu darinya jauh sekali untuk menghiburkn hati walaupun itu antara hikmah Quran diturunkan. Mereka mendekati Quran untuk mereka tahu macam mana nak teruskan hidup! Itulah bezanya kita dan mereka.

Setiap huruf dan perkataan difahami oleh para sahabat sebaiknya sebelum diterjemah ke dalam bentuk amal. Pemahaman yang baik ini tidaklah dapat diperoleh dengan bacaan sambil lewa dan terburu-buru. Itulah juga antara hikmahnya diturunkan AlQuran beransur-ansur; supaya lebih mudah difahami teks dan koteks sebenar AlQuran.

“وَقُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنزِيلًا”
[Al-Israa:106]

‘Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.’

Oleh itu, seharusnya kita terus muhasabah, sejauh mana hubungan kita dengan AlQuran. Bagaimana interaksi harian kita dengan alQuran? Adakah sekadar menyempurnakan mutabaah amal harian. Yang lebih malang, mushaf mahupun aplikasi alQuran yang ada dalam smart phone kita hanya menjadi perhiasan.

(Sumber: QuranicGen.com)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan