Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Merakyatkan perkhidmatan awam

SANDAKAN: Bagi merakyatkan perkhidmatan awam, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani mengadakan Program Walkabout di Wisma Persekutuan Sandakan.

Menurutnya, pendekatan turun padang dan santai itu lebih disenangi masyarakat dan memberikan impak positif terutamanya dalam penyelesaian perkara-perkara mengenai pengeoperasian harian.

Beliau melawat Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sandakan bagi melihat sendiri mutu perkhidmatan kepada pelanggan, selain meninjau tahap keselamatan di bangunan berkenaan menerusi pertemuan singkat dengan pengawal keselamatan.

Nor Rizan turut mengadakan lawatan mengejut ke kafeteria bangunan itu untuk mendapatkan reaksi pengusaha serta para pelanggan berhubung kualiti, perkhidmatan operator serta harga makanan yang dijual.

Turut hadir sama dalam walkabout Pengarah Kampus INTAN Sabah, Samsul Dolah dan Yahya Sulaiman Pengarah KPDNKK Negeri Sabah./Penerangan-

Nor Rizan (kiri) turut beramah-mesra dengan salah seorang anggota pengawal keselamatan.

Komen


Berita Berkaitan