Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Menyimpan dadah di bilik hotel, dua individu ditahan

7:49pm 28/01/2016 Leolerry Lajius 84 views Jenayah,Tempatan

IMG-20160128-WA0005

KOTA KINABALU: Dua orang individu ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Bebahaya dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah.

Tangkapan itu dibuat selepas pihak polis menahan seorang lelaki di kawasan Sadong Jaya Commercial Centre yang baru turun dari sebuah kenderaan jenis Honda berwarna hitam petang kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, dengan dipandu oleh lelaki tersebut, anggota polis dibawa ke bilik sebuah hotel dalam kawasan tersebut dan apabila tiba di pintu bilik itu dan mengetuk pintu bilik hotel, pintu telah dibuka oleh seorang perempuan.

“Lelaki tersebut kemudiannya telah mengambil satu kotak berwarna merah berbintik putih dari atas meja tepi katil bilik dan menyerahkan kotak tersebut kepada pengadu untuk diperiksa. Hasil pemeriksaan mendapati didalamnya terdapat (22) paket plastik pelbagai saiz mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis Ketamin (anggaran berat : 74.50 gram), 2 biji pil Erimin 5 (anggaran berat : 0.62 gram), 10 paket plastik kosong dan satu penimbang electronik,”katanya.

Hasil rampasan dianggarkan sebanyak RM5000 dan sebuah kereta jenis Honda Jazz berserta alat penggera turut disita.

Hasil siasatan awal, lelaki tersebut  mengaku memiliki barang kes yang diperolehi dari seorang perempuan tempatan. Siasatan masih dijalankan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan