Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Menyibuk itu baik- Rosnah

rosnah

PAPAR : Dalam keadaan pelbagai gejala sosial berterusan melanda masyarakat, pendekatan ‘jangan jaga tepi kain orang’ perlu dikaji semula kerana tindakan ‘menyibuk’ itu sebenarnya mampu menyelamatkan orang ramai daripada ditimpa bencana atau malapetaka.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada segala permasalahan yang berlaku dengan berusaha untuk mengukuhkan kembali institusi kekeluargaan dan kejiranan.

Katanya, secara asasnya, semangat kekeluargaan menjadi mantap apabila wujudnya sikap seperti saling hormat-menghormati antara satu sama lain, bantu-membantu dan bertolak ansur dalam semua aspek kehidupan.

“Hubungan akrab yang terjalin erat antara semua dan suasana harmoni yang sedia wujud di kampung bakal memudahkan pelaksanaan program pembangunan yang dirancang, sekali gus menjadi pemangkin kepada masyarakat cemerlang,” katanya yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya semasa merasmikan Hari Keluarga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Benoni di sini semalam.

Dalam pada itu, Rosnah memuji inisiatif KRT kampung berkenaan menganjurkan majlis itu dan berharap program tersebut diteruskan pada masa hadapan, malah perlu dijadikan sebagai acara tahunan.

Katanya, program itu amat baik kerana memberikan ruang dan peluang kepada semua penduduk untuk berada dalam satu majlis, sekali gus mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

“Pengisian program seperti sukaneka yang melibatkan semua lapisan penduduk telah memberikan impak positif ke arah pengukuhan dan pemantapan semangat kerjasama dan mampu mencetuskan perasaan kasih sayang serta semangat kekeluargaan yang lebih tinggi,” ujarnya.

Komen


Berita Berkaitan