Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,753

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

“Menyesal.. Dah La Jauh Masuk, Nasib Baik Free”

1:28pm 01/03/2016 Pak Roshan 9668 views Isu Semasa,Mutakhir

10420353_1031447003589086_3473341255204547810_n

ITULAH antara kata-kata pengunjung yang datang bersama keluarga ke Sipadan Mangrove Resort, Sungai Burong untuk mencuba permainan air yang viral di media sosial.

Menerusi pautan yang dimuat naik di laman Facebook Sabah Info, rata-rata pengunjung menyesal melihat keadaan tempat tersebut bila mana airnya didapati keruh, tidak seperti taman tema air yang lain.

Keadaan ini amat mengecewakan ibu bapa yang datang dengan harapan tinggi mahu membawa anak-anak mereka mandi manda. Tahap kebersihan air yang keruh sudah tentu merisaukan ibu bapa.

Selain itu kekurangan kemudahan tempat berteduh juga menjadi satu masalah bagi pengunjung, apabila ramai yang terpaksa berjemur di bawah cahaya matahari terik.

Screen Shot 2016-03-01 at 1.19.51 PM

Namun, tidak dinafikan juga kolam taman tema air ini menjadi keruh kerana terlampau ramai pengunjung yang datang, selain tapak taman tema mini ini di atas tanah kosong sehingga menjadi lumpur di beberapa tempat.

Netizen di media sosial pula mengecam tindakan pihak pengurusan yang dilihat begitu beria-ia mempromosikan ‘taman tema’ berkenaan’.

Adei ni bukan taman tema, ni kolam isi air ja ba ni…. mana-mana pun boleh letak tu kolam tiup ni…. kalau ini ja la ajak org masuk dalam yang jauh baik tak payah war warkan, bikin malu ja ba, kena buat betul-betul dulu la…. baru ajak org datang… ni beli pelampung kolam tu letak sana tross la ckp taman tema,” tulis Mya Suee.

Bagaimanapun, pengguna Facebook yang menggunakan nama Zack Asyraf memberikan maksud sebenar apa yang dimaksudkan dengan taman tema ‘percuma’ itu.

Kesian , dah lah FREE lagi mau COMPLAINT ke? Aku rasa pengusaha resort tu mungkin kesian dengan warga tempatan yang takde taman tema air kat kawasan itu, tu pasal dia buka FREE kot … kau ingat pakai air liur meniup benda tu?,” tulisnya.

Bagi kami, sewajarnya pihak pengurusan perlu mengambil kira masalah seperti ini sebelum membukanya kepada orang awam, walaupun secara percuma.

Taman tema air mini ini memerlukan banyak penambahbaikan jika pihak pengurusannya mahu tempat itu dikunjungi oleh orang ramai di masa akan datang.-MYNEWSHUB.CC

11059318_1031441480256305_4939831442299284909_n

 

12768273_1031441483589638_6591231011192935330_o 12803074_1031441530256300_1172291966609643060_n sipadann

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan