Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Menyelesaikan pertikaian pemilikan tanah bukan bidang Polis

7:09pm 17/12/2015 Ann Vivien 138 views Isu Semasa,Tempatan
Douglas (tiga dari kanan) meninjau tamu Kg. Salarom Takan

Douglas (tiga dari kanan) meninjau tamu Kg. Salarom Takan

NABAWAN: Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak ada peranan untuk menyelasaikan masalah pertikaian dan pemilikan tanah penduduk.

Katanya, Polis hanya membantu mengawal keselamatan, sekiranya ada mana-mana pihak yang melakukan jenayah berkaitan dengan pertikaian pemilikan tanah.

“Polis tidak campur dengan pengurusan tanah tetapi akan mengawal keselamatan dan tindakan jika ada pihak yang melakukan kesalahan jenayah yang berkaitan dengan pertikaian tanah” katanya semasa berucap pada Program Community Policing “Jelajah Kampung IPD Keningau di Kg. Salarom Taka Selasa lepas.

Douglas berkata, segala masalah berkaitan pertikaian tanah handaklah diselasaikan mengikut saluran yang betul dan melalui jabatan yang berkaitan seperti Jabatan Tanah Dan Ukur dan Pejabat Daerah.

Dalam masa yang sama Douglas menasihatkan penduduk agar tidak mengambil tindakan sendiri dan membelakangkan undang-undang bagi mengelakkan mereka diambil tindakan undang-undang yang lebih berat.- Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan