Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Menu Tradisi

butods

Ulat sago yang dikenali sebagai Butod dikalangan rakyat Kadazandusun di Sabah mungkin bukan benda makanan bagi sesetengah orang tapi ia adalah makanan istimewa semasa zaman darurat dahulu.

Pada zaman pendudukan Jepun diutara Borneo, rakyat tidak cenderung untuk ke sawah padi mereka kerana pada ketika itu keadaan tidak mengizinkan disebabkan perang. Padi yang sedia ada pula ada kalanya dicuri oleh tentera penakluk.

Oleh kerana keadaan mendesak mereka berbalik kepada alam semulajadi untuk meneruskan hidup yang agak rumit pada ketika itu.

Salah satu tumbuhan yang mereka gunakan sebagai sumbur makanan ialah Rumbia. Mujurlah pada ketiika itu masih terdapat banyak pokok-pokok rumbia yang tumbuh rimbun di tepi-tepi sawah dan tanah paya.

Untuk mendapat kan sago rumbia, mereka menebang batang pokok tua dan memotongnya kepada dua bahagian. Mereka kemudian memecahkan empulur untuk mengeluarkan kanji. Kanji yang dikenali sebagai ‘Natok’ itu dibawa balik ke rumah dan kemudian direbus hingga menjadi satu pes yang dipanggil ‘nantung’. Pes ini dimakan dengan sup ikan masam atau sambal belacan.

Batang Rumbia  kemudian dibiarkan reput dan sejenis kumbang akan menggunakannya untuk bertelur. Telur menjadi ulat sagu, yang gemuk dan bulat.

Ulat-ulat itu kemudian dituai dan dimasak dengan bawang merah dan beberapa jenis sayur-sayuran liar. Sesetengah orang suka memakan nya  mentah atau setelah di panggang di atas bara api.

Pada masa kini, Ulat sagu dan Nantung bukan lah makanan harian, tetapi lebih sebagai makanan istimewa atau makanan eksotik. Program Homestay masih mempromosikan hidangan ulat sagu dan Nantung sebagai produk pelancongan.-Sayangsabah.

 

Komen


Berita Berkaitan