Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Menteri Pertahanan Yakin Keselamatan Perairan Esszone Terkawal

Mohamad Sabu (duduk depan) sedang mendengar taklimat dari Ketua Staf Pusat Operasi berkaitan dengan konsep pengoperasian di Fusion centre ESSCOM.Gambar SNT/Ehsan ESSCOM

LAHAD DATU: Menteri Pertahanan Haji Mohamad Sabu dalam lawatan kerja rasmi sulung di Pejabat ESSCOM melahirkan rasa keyakinan tinggi bahawa keadaan keselamatan di perairan Pantai Timur Sabah adalah terkawal.

Menurutnya lagi, pasukan keselamatan yang diterajui oleh ESSCOM di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) berada dalam keadaan kesiapsiagaan yang tinggi di dalam mengawal perairan negara ini daripada ancaman penjenayah rentas sempadan khususnya di perairan pantai timur Sabah.

Mohamad Sabu menandatangani buku lawatan sambil disaksikan oleh Hazani (dua dari kiri) dan Md. Rahim (kanan).Gambar SNT/Ehsan ESSCOM

“Saya berkeyakinan penuh pasukan keselamatan kita dari berbagai cabang telah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

“Walaupun mereka ada rungutan terhadap kekurangan-kekurangan peralatan, namun secara umumnya mereka telah dapat menjalankan tugas dengan baik”, katanya.

Mohamad Sabu menyampaikan cendera kenangan kepada Hazani sambil disaksikan oleh Md. Rahim diakhir lawatan tersebut.Gambar SNT/Ehsan ESSCOM

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja rasmi ke Pejabat ESSCOM dekat sini, tengah hari tadi.

Mohamad berkata walaupun ada insiden penculikan pada bulan-bulan yang lalu, tapi terlalu amat sedikit jika dibandingkan sebelum ada operasi-operasi yang telah dilaksanakan oleh ESSCOM.

Mohamad Sabu bersalam dengan pegawai-pegawai kanan ESSCOM yang menyambut ketibaan beliau di perkarangan pejabat ESSCOM hari ini.Gambar SNT/Ehsan ESSCOM

“Sekali lagi ditegaskan keadaan di sini adalah terkawal, rakyat Malaysia serta pelancong-pelancong di seluruh dunia jangan rasa bimbang untuk datang melawat Sabah dan perairan di sini kerana ia berada dalam keadaan cukup aman dan terkawal.”

“Kalau sebelum ini kedatangan para pelancong terutama daripada negara Eropah agak kurang, tapi sekarang mereka mulai yakin dengan tahap keselamatan dan mulai datang ke Sabah,” katanya.

Pegawai-pegawai kanan ESSCOM menyambut ketibaan Mohamad Sabu di perkarangan pejabat ESSCOM hari ini.Gambar SNT/Ehsan ESSCOM

Turut hadir Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli Haji Zainal Abidin, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Mohd Redza Mohd Sany, Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Dato’ Syed Zahiruddin Putra Syed Osman, Timbalan Pengarah operasi Keselamatan Dalam Negeri dan Ketentetaman Awam CP Dato’ Azizan Abd Aziz , Panglima Task Force 450 Mejar Jeneral Dato’ Zulkapri Rahmat, Pengarah Maritim Wilayah Sabah & Labuan Laksamana Madya (M) Dato’ Mohd Zubil Mat Som, Timbalan Komander ESSCOM Brig. Jen Dato’ Badrul Hisham Muhamad, Ketua Staf Operasi Laut ESSCOM Laksamana Madya Kamaruszaman Abu Hassan dan Ketua Staf Pusat Operasi ESSCOM Brig. Jen. Dato’ Md. Rahim Hj. Mohd.

Mohamad Sabu tiba di perkarangan pejabat ESSCOM tepat pada pukul 12.20 tengah hari untuk melakukan lawatan singkat.

Ketibaan beliau telah disambut oleh komander ESSCOM DCP Dato’ Hazani Ghazali bersama ketua-ketua staf dan pegawai-pegawai kanan ESSCOM.

Dalam lawatan berkenaan, beliau telah diberikan taklimat lengkap berkaitan dengan situasi keselamatan terkini dan pengoperasian ESSCOM di Zone Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang telah disampaikan oleh Komander ESSCOM sendiri.

Dalam pada itu, Hazani berkata lawatan Menteri Pertahanan ke ESSCOM menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka untuk terus bekerja dengan lebih kuat lagi bagi memastikan keselamatan negeri ini khususnya pantai timur Sabah sentiasa sentiasa terpelihara,” katanya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan