Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MENTERI MITI SERU PEMAIN INDUSTRI PILIH KKIP SEBAGAI TAPAK OPERASI

Darell (tengah) dan Melvin (empat kanan) bersama-sama membuat lawatan ke kilang Cut and Bend Sdn Bhd hari ini. -Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Kerajaan menyeru kepada pelbagai pemain industri untuk bertapak di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Menteri Perdagangan dan Industri Darell Leiking berkata, Sabah masih banyak peluang perniagaan perindustrian seperti industri automasi yang kini terdapat di kawasan berkenaan.

“Seperti Cut and Bend Sdn Bhd yang sudah menjalankan aktiviti automasi dan perniagaan mereka berjalan dengan begitu baik sekali dalam industri ini.

“Dan apa yang saya pelajari adalah KKIP ini menyediakan kemudahan yang sangat baik walaupun terdapat beberapa perkara yang memerlukan penambahbaikkan.

“Tetapi apa yang penting adalah Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) sedia membantu dalam apa sahaja perkara yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada lawatan kerjanya ke kilang Cut and Bend Sdn Bhd di KKIP hari ini.

Darell berkata, kementeriannya melalui agensi MIDF sudahpun memberikan bantuan kepada pemain-pemain industri di KKIP.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Melvin Disimond berkata, bagi tujuan membantu dalam pembangunan Sabah, KKIP menyediakan tempat untuk memulakan perniagaan di sekitar kawasan berkenaan.

Selain itu, jelasnya dengan kerjasama kerajaan persekutuan, beliau berharap terdapat inisiatif terbaik untuk menggalakkan pelabur asing datang ke KKIP. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan