Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Menjauhi Doa Buruk Malaikat

Gambar Hiasan

 

Jangan meremehkan segala amal baik dan buruk kita kerana setiapnya akan dihitung.

Terus amalkan ilmu dan memperbaiki diri, supaya kita dapat memaknakan kehidupan yang sementara ini.

Siapakah mereka yang didoakan buruk oleh malaikat?

  • Orang yang tidak beramal soleh semasa bulan Ramadan.
  • Orang yang tidak berselawat untuk Nabi apabila mendengar nama Nabi disebut.
  • Orang yang tidak berbakti untuk ibu bapa.

Hal ini telah diceritakan di dalam sebuah kisah.

Daripada Ka’ab bin Ujrah R.A. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Mendekatlah kalian ke mimbar!” Lalu kami pun berkumpul di mimbar itu.

Ketika Rasulullah menaiki tangga mimbar yang pertama, beliau berkata, ‘Amin’. Ketika beliau menaiki tangga yang kedua, beliau pun berkata, ‘Amin’. Ketika beliau menaiki tangga yang ketiga, beliau pun berkata, ‘Amin’.

Setelah Rasulullah SAW turun dari mimbar, kami pun berkata, “Ya Rasulullah, sungguh kami telah mendengar daripada engkau pada hari ini, sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini.”

Rasulullah SAW bersabda, “Ketika aku menaiki tangga pertama, Jibril muncul di hadapanku dan berkata, “Celakalah orang yang sempat bertemu bulan Ramadhan, tetapi dia tidak memperoleh keampunan!” Maka aku berkata, ‘Amin’.

Ketika aku menaiki tangga yang kedua, Jibril berkata, “Celakalah orang yang apabila namamu disebutkan, dia tidak bersalawat ke atasmu!” Aku pun berkata, ‘Amin’.’

Ketika aku melangkah ke tangga ketiga, Jibril berkata, “Celakalah orang yang sempat bersama ibu bapanya yang telah tua, atau salah seorang daripada keduanya, tetapi keduanya tidak menyebabkan orang itu masuk syurga.” Aku pun berkata, ‘Amin’.”

(Hadith riwayat al-Hakim, Ibn Hibban dan al-Tabarani)

Kita masuk syurga atas rahmat Allah. Maka teruslah berbuat sesuatu yang Allah suka.

Seperti beribadah di bulan Ramadan, selalu berselawat ke atas Nabi Muhamamd SAW serta menyayangi kedua ibu bapanya. Moga kita tidak tergolong oleh mereka yang didoakan buruk oleh malaikat.

“Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan.

Kepada Allahlah naiknya segala perkataan yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid, untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan),dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya).

Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa.” (Surah Faatir: ayat 10)

(Sumber: iluvislam oleh Anem Arnamee)

Komen


Berita Berkaitan