Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Menjana Pelancongan Sabah

MPS2

 

KOTA KINABALU: Pantai Tanjung Aru dan Taman Prince Philip yang akan dimajukan berkonsepkan pembangunan ekopelancongan bukan untuk dijual, sebaliknya bertujuan meningkatkan industri pelancongan negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pelan induk bersepadu bagi projek pemuliharaan semula Pembangunan Eko Tanjung Aru (TAED) telah diluluskan dan akan dibentangkan bagi pertimbangan Kabinet negeri.

Menurutnya, kerajaan akan melindungi kedua-dua kawasan itu dan mengambil kira aspek alam sekitar, kualiti air dan reka bentuk landskap dalam tempoh pelaksanaan pembangunannya selama dua tahun kerana menyedari kedua-dua tempat itu merupakan identiti masyarakat di kawasan ini.

“Kerajaan negeri akan meneliti kesemua aspek dalam projek pembangunan Pantai Tanjung Aru dan Taman Prince Philip. Langkah itu bagi memastikan pantai dan taman itu dilindungi daripada kesan keseluruhan pembangunan semula pantai,” katanya selepas mendengar taklimat mengenai projek pemuliharaan itu, di sini semalam.

Musa yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Tanjung Aru Eko Development Sdn. Bhd. (TAEDSB) berkata, projek itu dijangka menarik pelaburan bernilai RM5 bilion dan bakal merangsang pertumbuhan dalam industri pelancongan negeri.

Katanya, apa yang lebih penting ialah pembangunan TAED akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi rakyat Sabah.

Tambahnya, pelan induk TAED itu juga bertujuan menangani masalah hakisan dan pencemaran yang merosakkan Pantai Tanjung Aru, malah telah menjejaskan Taman Prince Philip.

Sementara itu katanya, pembinaan kemudahan awam TAED akan diberi penekanan selain pematuhan kepada standard indeks Bangunan Hijau dan ciri-ciri alam sekitar serta mempunyai ruang kawasan terbuka.

“Kita akan menyediakan tempat beriadah seperti tempat berjoging, berbasikal, perkhidmatan pengangkutan ulang alik percuma menggunakan bas elektrik dan kemudahan lain kepada pengguna,” katanya.

Sehubungan itu katanya, projek TAED sebenarnya dilihat dapat merangsang pertumbuhan dam pelaburan berguna kepada Sabah kerana pembangunannya merangkumi kepentingan kepada semua pihak terutama peniaga tempatan.

Selain itu katanya, TAED turut mewujudkan permintaan bagi hasil tanaman penduduk kampung, kraftangan dan khidmat tenaga kerja tempatan.

Komen


Berita Berkaitan