Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Menjalankan operasi tanpa lesen, pekerja premis didenda

KOTA KINABALU- Seorang pekerja sebuah premis hiburan didenda RM 2,500 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini atas kesalahan menjalankan operasi tanpa lesen.

Tertuduh, Engelbeth Paulos,42, dikenakan hukuman itu oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun Kakayun selepas mengaku bersalah keatas pertuduhan yang dibaca terhadapnya.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah premis hiburan di Bundusan Square, Penampang, pada jam lebih kurang 1.25 pagi, 21 Oktober tahun lalu.

Engelbeth didakwa mengikut Seksyen 3 Ordinan Hiburan Awam 1958, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11 Ordinan yang sama.

Mengikut kesalahan tersebut, Engelbeth boleh didenda tidak melebihi RM 5,000 atau penjara maksimum setahun, atau kedua- duanya sekali.

Dalam mitigasi, tertuduh memohon hukuman dikurangkan kerana mempunyai keluarga untuk ditanggung dan itu merupakan kesalahan pertamanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Azaman Hamat. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan