Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Menjahit Serentak: 32 Wanita Sabah Terima Pengiktirafan Guinness World Records

8:59pm 18/09/2016 Pak Roshan 406 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

menjahit

KOTA KINABALU : Seramai 32 wanita dari Sabah mendapat pengiktirafan Guinness World Records selepas terlibat dalam acara menjahit beramai-ramai secara serentak di Kompleks Perbadanan Putrajaya, April lepas.

Kesemua wanita berkenaan adalah sebahagian daripada 606 peserta dari seluruh negara yang turut mendapat pengiktirafan selepas menyertai acara itu yang bertemakan ‘Be A Part of The Breakthrough And Made Someone’s Dreams Come True’ anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) dan Pusat Latihan Kraftangan Epal.

Sijil pengiktirafan bagi peserta dari Sabah itu disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau pada satu majlis di Mini Teater Tun Hamdan, Yayasan Sabah, di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Tangau berkata acara seumpama itu mampu memupuk bakat peserta yang mempunyai minat mendalam terhadap seni jahitan dan pada masa sama meningkatkan lagi kreativiti mereka dalam bidang tersebut.

“Ia juga boleh membantu mereka menjana pendapatan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PSJK Fully Chye berkata kejayaan tersebut diharap akan dapat memberi inspirasi kepada semua peserta untuk memulakan langkah baru dalam meningkatkan lagi kualiti hidup masing-masing.

Seorang peserta Datin Chau Chi @ Sliewsen, 32, berkata mengikuti acara itu adalah satu pengalaman berharga dan pencapaian membanggakan kerana ia berupaya menjadi platform mengembangkan potensi dalam bidang seni jahitan.

Nooriah Gusmit, 69, turut berbangga atas pencapaian tersebut kerana ia memberi peluang untuknya meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang jahitan dan kraftangan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan